Tripod


 

Tripod merupakan sebuah lagi alat yang diperlukan dalam melakukan kerja ukur aras.
Proses pertama adalah mendirikan tripod dengan baik sebelum meneruskan proses-proses berikutnya.
Jika tripod tidang dipasang dengan teliti ia akan mempengaruhi kejituan cerapan yang dibuat.
Kaki tripod mestilah ditekan ke dalam tanah untuk mendapatkan kedudukan tripod yang stabil.
Jika cerapan dilakukan di lereng bukit, dua kaki tripod mestilah berada di bawah manakala kaki ketiga pula digunakan untuk membawa kepala aras tripod menghampiri aras supaya memudahkan proses pelarasan sementara.
Setelah alat aras dipasang diatas tripod, kedudukan alat aras dipastikan agar benar-benar sefasa dengan melaraskan ketinggian ketiga-tiga kaki tripod.